March 4, 2020

Pra daftar untuk kursus forex

Sesiapa yang berminat untuk belajar forex dan menjadi seorang trader Muslim boleh mendaftar dalam boring yang diberi dalam link ini.

Tujuan pendaftaran ialah untuk melihat jumlah yang berminat belajar, demografi yang berminat, hari dan masa yang dipilih untuk kelas, jumlah yuran yang mampu, latarbelakang pelajar dan maklumat ringkas yang diperlukan untuk merancang tempat, calendar dan jadual kelas.

January 21, 2010

RAHSIA TRADING DENGAN KAEDAH MATEMATIK AL-KHWARIZMI


Berbeza dengan kebanyakan kursus forex yang mengajar menggunakan robot untuk trade forex, Kursus PRO Forex mengajar ilmu-ilmu asas yang menggunakan matematiks, sains dan ekonomi. Sebagai contoh, pelajar diajar cara menggunakan kaedah yang diterokai oleh ahli matematik Islam yang unggul di zaman dahulu, Khwarizmi. Beliau, atau nama sebenarnya Muhammad ibn Mūsá Al Khwārizmī [c.780-850], seorang pakar ilmuan yang tinggal diistana Baghdad, terkenal dengan buku yang ditulisnya, The Algebra, yang menjadi rujukan ahli-ahli matematik sehingga kehari ini.



Kaedah yang diterokai oleh Khwarizmi dihuraikan dan ditunjukkan dengan jelas dalam kursus.

September 20, 2008

Falsafah Pendidikan dan Kursus Forex


-->
Pengenalan
Pendidikan dan Kursus forex telah dimulakan pada awal 2008 diatas permintaan ramai. Kajian terperinci telah dibuat terhadap seminar-seminar dan kursus-kursus yang diadakan disini dan dimerata dunia samada dalam bentuk kelas biasa atau melalui jarak jauh. Kajian merangkumi silibus, bahan-bahan kursus, teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran, pengalaman tenaga pengajar dan peserta, keberkesanan kursus, kualiti kursus, harga dan segala aspek yang penting dalam bidang pendidikan dan kursus forex. Dari hasil kajian tersebut, rangka kaedah kursus dan silibusnya telah dibentuk. Eksperimen telah dijalankan untuk menguji keberkesanan kursus yang direka. Hasilnya telah melahirkan kaedah pendidikan dan kursus forex yang ada sekarang.
Pendidikan dan Kursus forex yang diberikan bertujuan untuk memberi sesuatu yang terbaik untuk nilai yuran – ‘the best value for money’.
Falsafah, dasar dan prinsip Pendidikan dan Kursus forex ini di asaskan kepada konsep kifayah, jariah, hukum syarak dan ehsan.
Kifayah
Populariti forex yang sedang meningkat dimerata dunia telah menaikkan permintaan untuk kursus forex dan menarik ramai orang untuk membuat perniagaan menyediakan kursus. Sudah tentu didalam kemelut begini, banyak kursus yang mahal-mahal tetapi tidak mementingkan kualiti, timbul dalam pasaran. Akibatnya ramai peniaga forex mengalami kerugian setelah mempelajari kursus-kursus begini dan melabur dalam forex dengan modal sebenar.
Oleh kerana perniagaan forex melibatkan kewangan yang mesti dipastikan ciri-ciri syaraknya, tidak kurang juga yang tersesat kerana kursus-kursus yang ada tidak mengajar berdasarkan hukum syarak. Setelah memerhatikan industri ini sejak beberapa tahun, jelas terdapat ketandusan kursus yang bercirikan hukum syarak. Pada masa yang sama, masyarakat tidak boleh dibiarkan ketinggalan didalam industri baru ini. Atas kesedaran ini, oleh kerana tidak ada pihak yang menawarkan kursus sedemikian maka pendidikan dan kursus forex ini telah dimulakan sebagai usaha untuk membantu masyarakat terutama mereka yang ingin menceburi forex mendapatkan ilmu dan kemahiran yang boleh dipraktikkan dengan selamat dan mendapat berkat.
Jariah
Konsep jariah memastikan ilmu yang diajar dapat memenafaatkan masyarakat, untuk pembangunan masyarakat. Atas dasar ini kursus direka supaya dapat memberi kandungan ilmu yang secukupnya dengan kadar yuran yang berpatutan. Kursus juga direka mengikut sistem pembelajaran yang efektif supaya tidak berlaku penginayaan kepada peserta. Sebagai contoh, kursus dijalankan mengikut sistem pembelajaran bermodul, berstruktur atau berperingkat kerana ilmu forex ini baru bagi kebanyakan orang dan kuantiti ilmu yang banyak yang terpaksa dipelajari tidak memungkinkan seseorang belajar dan mahir dalam tempoh singkat.
Kandungan kursus dipastikan memberi nilai untuk harga yuran. Silibus dipastikan mengandungi lebih bahan ilmu dan praktikal atas dasar mana-mana yang lebih itu adalah sedekah jariah untuk peserta.
Hukum syarak
Kursus memastikan segala yang dipelajari mengikut hukum syarak, dan peserta diajar memilih ciri-ciri yang dibenarkan. Misalnya, keuntungan yang dihasilkan secara riba dielak. Psaikologi yang berpunca dari sikap negatif seperti kecenderungan berjudi atau tamak juga dielakkan. Disiplin berniaga diterapkan untuk membentuk ciri-ciri seorang peniaga forex Muslim.
Ehsan
Konsep ehsan mengutamakan kepentingan ramai. Kursus ditetapkan pada kadar yuran yang mampu ditanggung oleh kebanyakan peserta. Harga yuran juga ditetapkan supaya setaraf atau kompetitif dengan harga pasaran. Dari masa kesemasa promosi-promosi tertentu diberikan untuk menambah nilai kursus. Khidmat sokongan untuk peserta meningkatkan prestasi pembelajaran disediakan. Jaminan kepuasan juga diberikan untuk menambah keyakinan peserta.

September 18, 2008

Falsafah blog

Blog ini khusus bercakap fasal forex. Dalam web, terlalu banyak blog dan laman web yang bercerita fasal forex setiap hari. Ada yang beri kursus, signal, analisa teknikal, artikel-artikel, yang semuanya bertujuan membantu peniaga forex membuat untung setiap hari. Jadi penulis tidak bercadang menambah beban maklumat (information overload) dalam perkara forex dengan menambah atau mengulang apa yang sudah semestinya ada didalam internet, hanya perlu dicari sahaja.

Sebagai peniaga yang telah lama berkecimpung dalam forex, penulis belum pernah terjumpa laman web atau blog yang bercakap fasal forex dari sudut dan perpektif seorang peniaga Muslim. Sebagai seorang Muslim, berniaga dianggap satu amalan ibadah yang digalakkan tetapi wajib dilakukan mengikut lunas-lunas yang dibenarkan. Keistimewaan peniaga Muslim terletak pada perbedaannya dalam berniaga jika dibanding dengan orang lain.

Oleh kerana tidak berjumpa dengan blog yang sedemikian, maka penulis mencuba membuka blog ini. Penulis berharap blog ini dapat memenuhi tuntutan untuk menjadi platform yang membicarakan forex dari sudut pandangan dan perspektif peniaga Muslim.

September 17, 2008

Forex Lebih Suci

Dalam dunia kewangan, isu umbinya ialah samada wang itu halal atau haram.

Produk-produk kewangan atau lazim dipanggil financial trading products wajib dipastikan halal - bersih dari riba dan unsur-unsur yang dilarang. Didalam dunia perniagaan produk kewangan yang pesat sekarang, bermacam-macam produk yang direka setiap masa sehingga sukar hendak dipastikan kesuciannya. Tambahan pula berniaga didalam produk kewangan memang amat menarik kerana pulangan keuntungan yang lumayan. Justeru ramai yang hanya nampak pulangan sahaja hingga terlupa menyemak isu umbi ini.

Tidak semua jenis produk forex mengikut syariah. Ada spot forex, forex futures, akaun forex yang diuruskan dan berbagai lagi. Peniaga perlu mengkaji sendiri produk-produk ini. Dalam artikel ini, forex yang dimaksudkan ialah spot forex yang diniagakan melalui internet secara terus dengan broker yang tidak mengenakan faedah keatas keuntungan.

Harga forex digerakkan oleh pasaran yang bebas, melibatkan berjuta-juta penjual dan pembeli forex diseluruh dunia. Faktor-faktor ekonomi negara-negara yang matawangnya diniagakan mempengaruhi sentimen peniaga forex. Maklumat harga jualbeli dikumpul oleh komputer pusat dan disalur kepada broker dan seterusnya peniaga melalui internet.

Tidak seperti saham, forex tidak melibatkan apa-apa entiti syarikat. Tidak ada pengarah, pengerusi, pengurus, atau badan yang perlu menjalankan operasi setiap masa bagi menentukan harga forex naik atau turun. Tidak ada produk seperti makanan, pakaian, hartanah atau perkhidmatan yang perlu dibuat seperti dalam syarikat, untuk dijual bagi menjana keuntungan yang boleh menaikkan harga saham syarikat. Hanya matawang yang diniagakan setiap masa 24 jam sehari dari Isnin hingga Jumaat. Harga pula adalah real time, telus dan bebas dari apa sahaja bentuk pengaruh.

Banyak kali cerita barangan yang dikeluarkan oleh syarikat yang sahamnya ditarafkan mengikut syariah didapati tercemar oleh bahan haram. Banyak juga cerita harga dimanipulasi oleh orang-orang yang mempunyai kaitan dengan syarikat. Banyak juga cerita syarikat melabur keuntungan didalam portfolio yang haram. Pencemaran begini menjejas kesucian pelaburan didalam syarikat tersebut. Setakat ini odit memantau kesucian syariah saham-saham tidak berdaya memastikan kawalan setiap masa kerana kepakaran yang tidak mencukupi untuk melakukan kerja yang terlalu banyak.

Forex bebas dari insiden-insiden begini. Forex terlindung dari kegiatan begini. Tidak perlu odit. Sudah tentu ia lebih suci dari saham.

Tel +60123415204 untuk penerangan lanjut.