September 18, 2008

Falsafah blog

Blog ini khusus bercakap fasal forex. Dalam web, terlalu banyak blog dan laman web yang bercerita fasal forex setiap hari. Ada yang beri kursus, signal, analisa teknikal, artikel-artikel, yang semuanya bertujuan membantu peniaga forex membuat untung setiap hari. Jadi penulis tidak bercadang menambah beban maklumat (information overload) dalam perkara forex dengan menambah atau mengulang apa yang sudah semestinya ada didalam internet, hanya perlu dicari sahaja.

Sebagai peniaga yang telah lama berkecimpung dalam forex, penulis belum pernah terjumpa laman web atau blog yang bercakap fasal forex dari sudut dan perpektif seorang peniaga Muslim. Sebagai seorang Muslim, berniaga dianggap satu amalan ibadah yang digalakkan tetapi wajib dilakukan mengikut lunas-lunas yang dibenarkan. Keistimewaan peniaga Muslim terletak pada perbedaannya dalam berniaga jika dibanding dengan orang lain.

Oleh kerana tidak berjumpa dengan blog yang sedemikian, maka penulis mencuba membuka blog ini. Penulis berharap blog ini dapat memenuhi tuntutan untuk menjadi platform yang membicarakan forex dari sudut pandangan dan perspektif peniaga Muslim.

No comments: