September 20, 2008

Falsafah Pendidikan dan Kursus Forex


-->
Pengenalan
Pendidikan dan Kursus forex telah dimulakan pada awal 2008 diatas permintaan ramai. Kajian terperinci telah dibuat terhadap seminar-seminar dan kursus-kursus yang diadakan disini dan dimerata dunia samada dalam bentuk kelas biasa atau melalui jarak jauh. Kajian merangkumi silibus, bahan-bahan kursus, teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran, pengalaman tenaga pengajar dan peserta, keberkesanan kursus, kualiti kursus, harga dan segala aspek yang penting dalam bidang pendidikan dan kursus forex. Dari hasil kajian tersebut, rangka kaedah kursus dan silibusnya telah dibentuk. Eksperimen telah dijalankan untuk menguji keberkesanan kursus yang direka. Hasilnya telah melahirkan kaedah pendidikan dan kursus forex yang ada sekarang.
Pendidikan dan Kursus forex yang diberikan bertujuan untuk memberi sesuatu yang terbaik untuk nilai yuran – ‘the best value for money’.
Falsafah, dasar dan prinsip Pendidikan dan Kursus forex ini di asaskan kepada konsep kifayah, jariah, hukum syarak dan ehsan.
Kifayah
Populariti forex yang sedang meningkat dimerata dunia telah menaikkan permintaan untuk kursus forex dan menarik ramai orang untuk membuat perniagaan menyediakan kursus. Sudah tentu didalam kemelut begini, banyak kursus yang mahal-mahal tetapi tidak mementingkan kualiti, timbul dalam pasaran. Akibatnya ramai peniaga forex mengalami kerugian setelah mempelajari kursus-kursus begini dan melabur dalam forex dengan modal sebenar.
Oleh kerana perniagaan forex melibatkan kewangan yang mesti dipastikan ciri-ciri syaraknya, tidak kurang juga yang tersesat kerana kursus-kursus yang ada tidak mengajar berdasarkan hukum syarak. Setelah memerhatikan industri ini sejak beberapa tahun, jelas terdapat ketandusan kursus yang bercirikan hukum syarak. Pada masa yang sama, masyarakat tidak boleh dibiarkan ketinggalan didalam industri baru ini. Atas kesedaran ini, oleh kerana tidak ada pihak yang menawarkan kursus sedemikian maka pendidikan dan kursus forex ini telah dimulakan sebagai usaha untuk membantu masyarakat terutama mereka yang ingin menceburi forex mendapatkan ilmu dan kemahiran yang boleh dipraktikkan dengan selamat dan mendapat berkat.
Jariah
Konsep jariah memastikan ilmu yang diajar dapat memenafaatkan masyarakat, untuk pembangunan masyarakat. Atas dasar ini kursus direka supaya dapat memberi kandungan ilmu yang secukupnya dengan kadar yuran yang berpatutan. Kursus juga direka mengikut sistem pembelajaran yang efektif supaya tidak berlaku penginayaan kepada peserta. Sebagai contoh, kursus dijalankan mengikut sistem pembelajaran bermodul, berstruktur atau berperingkat kerana ilmu forex ini baru bagi kebanyakan orang dan kuantiti ilmu yang banyak yang terpaksa dipelajari tidak memungkinkan seseorang belajar dan mahir dalam tempoh singkat.
Kandungan kursus dipastikan memberi nilai untuk harga yuran. Silibus dipastikan mengandungi lebih bahan ilmu dan praktikal atas dasar mana-mana yang lebih itu adalah sedekah jariah untuk peserta.
Hukum syarak
Kursus memastikan segala yang dipelajari mengikut hukum syarak, dan peserta diajar memilih ciri-ciri yang dibenarkan. Misalnya, keuntungan yang dihasilkan secara riba dielak. Psaikologi yang berpunca dari sikap negatif seperti kecenderungan berjudi atau tamak juga dielakkan. Disiplin berniaga diterapkan untuk membentuk ciri-ciri seorang peniaga forex Muslim.
Ehsan
Konsep ehsan mengutamakan kepentingan ramai. Kursus ditetapkan pada kadar yuran yang mampu ditanggung oleh kebanyakan peserta. Harga yuran juga ditetapkan supaya setaraf atau kompetitif dengan harga pasaran. Dari masa kesemasa promosi-promosi tertentu diberikan untuk menambah nilai kursus. Khidmat sokongan untuk peserta meningkatkan prestasi pembelajaran disediakan. Jaminan kepuasan juga diberikan untuk menambah keyakinan peserta.

No comments: